Selasa, 04 Januari 2011

Kick Budi

Riya'...Membinasakan Ibadat


Pada suatu waktu sahur, seorang abid membaca Al-Quran, surah "Thoha", di biliknya yang berhampiran dengan jalanraya. Selesai membaca, ia merasa amat mengantuk, lalu tertidur. Dalam tidurnya itu dia bermimpi melihat seorang lelaki turun dari langit membawa senaskhah Al-Quran.

Lelaki itu datang menemuinya dan segera membuka kitab suci itu di depannya. Dibukakannya surah "Thoha" dan dibaliknya halaman demi halaman untuk dapat dilihat si abid. Si abid melihat setiap kalimah surah itu dicatatkan sepuluh kebajikan sebagai pahala bacaannya kecuali satu kalimah sahaja yang catatannya dihapus.

Lalu katanya, "Demi Allah, sesungguhnya telahku baca seluruh surah ini tanpa meninggalkan satu kalimah pun". "Tetapi kenapakah catatan pahala untuk kalimah ini dipadamkan?" Lelaki itu berkata.

"Benarlah seperti katamu itu. Engkau memang tidak meninggalkan kalimah itu dalam bacaanmu tadi. Malah, untuk kalimah itu telah kami catatkan pahalanya, tetapi tiba-tiba kami terdengar suara yang menyeru dari arah 'Arasy : 'Padamkan catatan itu dan gugurkan pahala untuk kalimah itu'. Maka sebab itulah kami segera memadamkannya".

Si abid menangis dalam mimpinya itu dan berkata, "Kenapakah tindakan itu dilakukan?".

"Penyebabnya adalah engkau sendiri. Ketika membaca surah itu tadi, seorang hamba Allah melewati jalan di depan rumah mu. Engkau mengetahui akan hal itu, lalu engkau meninggikan suara bacaanmu supaya didengar oleh hamba Allah itu.

Kalimah yang tiada catatan pahala itulah yang telah engkau baca dengan suara tinggi itu".

Si abid terjaga dari tidurnya. "Astaghfirullaahal-'Azhim! Sungguh licin virus riya' menyusup masuk ke dalam kalbu ku dan sungguh besar kecelakaannya. Dalam sekelip mata sahaja ibadahku dimusnahkannya.

Benarlah kata alim ulama', serangan penyakit riya' atau ujub, boleh membinasakan amal ibadat seseorang hamba Allah selama tujuh puluh tahun".

@@@-----------------------------------------------------------------------------@@@

Bab 36: Riya (Kitab Tauhid karya Muhammad bin Abdul Wahab)

Riya' adalah berbuat baik kerana orang lain.

Firman Allah s.w.t.:
“Katakanlah: Sesungguhnya Aku Ini manusia biasa seperti kamu, yang diwahyukan kepadaku: "Bahwa Sesungguhnya Tuhan kamu itu adalah Tuhan yang Esa". barangsiapa mengharap perjumpaan dengan Tuhannya, Maka hendaklah ia mengerjakan amal yang saleh dan janganlah ia mempersekutukan seorangpun dalam beribadat kepada Tuhannya".(QS. Al Kahfi [18] : 110).

Ayat ini menunjukkan bahawa amal ibadah tidak akan diterima oleh Allah kecuali bila memenuhi dua syarat :

Pertama : ikhlas semata mata kerana Allah, tidak ada syirik di dalamnya sekalipun syirik kecil seperti riya'.

Kedua : sesuai dengan tuntunan Rasulullah s.a.w., kerana suatu amal disebut shalih jika ada dasar perintahnya dalam agama.
Ayat ini mengisyaratkan pula bahawa ibadah itu tauqifiyah, ertinya berlandaskan pada ajaran yang dibawa Rasulullah s.a.w., tidak menurut akal mahupun nafsu seseorang.

Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. dalam hadis marfu', bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Allah s.w.t. berfirman:

"Aku adalah Sekutu Yang Maha cukup sangat menolak perbuatan syirik. Barang siapa yang mengerjakan amal perbuatan dengan dicampuri perbuatan syirik kepadaKu, maka Aku tinggalkan ia bersama perbuatan syiriknya itu" (HR. Muslim).

Diriwayatkan dari Abu Said r.a. dalam hadis marfu' bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Mahukah kalian aku beritahu tentang sesuatu yang bagiku lebih aku khuwatirkan terhadap kamu dari pada Al Masih Ad dajjal[87]?", para sahabat menjawab: "baik, ya Rasulullah.", kemudian Rasulullah s.a.w. bersabda: "syirik yang tersembunyi, yaitu ketika seseorang berdiri melakukan sholat, ia perindah sholatnya itu kerena mengetahui ada orang lain yang melihatnya" (HR. Ahmad).


Kandungan bab ini:

1-Penjelasan tentang ayat dalam surah Al Kahfi[88].

2-Masalah yang penting sekali, yaitu: pernyataan bahawa amal shalih apabila dicampuri dengan sesuatu yang bukan kerana Allah, maka tidak akan diterima oleh Allah s.w.t..

3-Hal itu disebabkan kerana Allah s.w.t. adalah sembahan yang sangat menolak perbuatan syirik kerana sifat ke - Mahacukupan -Nya.

4-Sebab yang lain adalah kerana Allah s.w.t. adalah sekutu yang terbaik.

5-Rasulullah s.a.w. sangat khuwatir apabila sahabatnya melakukan riya'.

6-Penjelasan tentang riya dengan menggunakan contoh sebagai berikut: seseorang melakukan sholat kerana Allah, kemudian ia perindah sholatnya kerana ada orang lain yang memperhatikannya.

0 komentar:

Posting Komentar